Monday, 31 December 2012

Tugasan Edmodo 6



Multimodality
DUE: Sep 24, 2012

Apakah definisi teori multi modality? apakah yang dimaksudkan multi modality instruction
Turned in Sep 20, 2012 2:43 PM
Pada pendapat saya, Teori Multi Modality adalah teori yang menyatakan perkaitan cara berkomunikasi dengan perkembangan teknologi. Teori ini menyatakan bahawa komunikasi yang berkesan adalah dipengaruhi oleh penggunaan alatan ICT yang semakin efisien.Contonhya, penggunaan komputer, video, audio, imej/visual dan teks dalam komunikasi.

Manakala, multi modality instruction adalah kaedah yang digunakan dalam komunikasi yang mana menggunakan pengaplikasian alatan teknologi. Contohnya, semasa proses P&P di dalam kelas, guru menggunakan pelbagai kaedah komunikasi untuk menyampaikan pengajaran. Seperti menggunakan projector, komputer, radio, visual dan sebagainya. Ini akan menjadikan proses P& P tersebut lebih berkesan dan proses komunikasi lebih efisien. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa multi modality instruction adalah pelbagai (multi) kaedah yang digunakan dalam komunikasi dimana menggunakan aplikasi teknogi yang canggih.

Tugasan Edmodo 5



(3.) Obtain an example of a manipulative(s) that you could use for instruction. Submit a description of how you would use it, including an objective.

Manipulasi ialah cara yang digunakan untuk mempergunakan peralatan ataupun teknik untuk mengubah fungsi sesuatu alat dengan betul. Ia bertujuan untuk membentuk sesuatu pergerakan loko motor atau bukan loko motor. Contohnya, dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Kemahiran memanipulasi ini penting dalam mengubah cara penggunaan peralatan sukan. Hal ini kerana seseorang pelajar yang ada kemahiran manipulasi ini akan lebih kelihatan kreatif dan koordinasi badan mereka akan lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang tidak ada kemahiran manipulasi. Misalnya, seorang pelajar yang memiliki kemahiran memanipulasi penggunaan peralatan sukan seperti kayu hoki. Dia boleh mempelbagaikan kegunaan kayu hoki yang bukan sahaja digunakan untuk bermain hoki seperti untuk melakukan pemanasan dan menyejukkan badan sebelum dan selepas melakukan aktiviti.

Arahan kepada pelajar:
i. Memegang kayu hoki secara berpasangan dan menarik ke arah bertentangan secara berselang seli.
ii. Memegang kayu hoki dan dibawa ke bahagian belakang untuk meregangkan otot tangan dan bahu.
iii. Duduk sambil memegang kayu hoki dengan meluruskan kaki kaki dan tangan untuk meregangkan otot kaki.

Objektif:
i. Pelajar dapat menguasai cara meregangkan otot dengan menggunakan kayu hoki.
ii. Pelajar dapat mengetahui teknik-teknik memanaskan dan menyejukkan badan dengan menggunakan kayu hoki ataupun peralatan sukan lain.




Tugasan Edmodo 4



Perniagaan Jalan UMS
DUE: Sep 17, 2012

Modal RM1 juta.
Apakah jenis perniagaan yang hendak dijalankan? Mengapa?
Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda UNTUNG?
Turned in Sep 12, 2012 3:04 PM
Sekiranya saya diberi modal RM1 juta untuk menjalankan sebuah perniagaan di Jalan UMS, saya akan menggunakan modal tersebut untuk membuka sebuah 'cyber cafe' , kedai photostat dan perkhidmatan 'printing',berserta dengan menjual alat tulis dan buku..
Pada pandangan saya, perniagaan yang saya jalankan ini boleh membantu memudahkan para pelajar universiti serta kakitangan universiti yang menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh perniagaan saya tersebut.
Bagi memastikan perniagaan yang dijalankan mendapat keuntungan yang besar, saya akan memastikan lokasi permis perniagaan adalah strategik. Saya memilih untuk membina sebuah permis perniagaan 2 tingkat. Pada tingkat bawah saya akan menjual alat tulis dan buku serta menyediakan perkhidmtan photostat dan 'printing'. Pada tingkat atas, saya akan membuka 'cyber cafe' untuk memudahkan para pelajar universiti dan kakitangan universiti membuat kerja seperti menaip tugasan, mendapatkan maklumat untuk membuat tugasan dan menghantar tugasan secara online.
Saya akan memastikan premis perniagaan saya dapat menarik ramai pelanggan. Oleh itu, saya akan menyediakan perkhidmatan yang memberi keselesaan kepada pelanggan dan barang yang dijual sentiasa mengikut kehendak pelanggan dan harga yang berpatutan memandangkan pelanggan yang disasarkan adalah pelajar universiti. Dengan ini, saya akan memastikan perniagaan yang dijalankan mendapat keuntungan yang besar.






Sila jawab soalan yang kedua pula iaitu BAGAIMANA untuk memastikan perniagaan itu 100% UNTUNG? Apakah faktor2 yang perlu difikirkan sebelum dan semasa juga setelah perniagaan itu dimulakan?
Turned in Sep 12, 2012 3:21 PM
untuk memastikan perniagaan tersebut mendapat keuntungan 100% perkara yang perludifikirkan sebelum memulakan perniagaan ialah:
i) pelanggan/pengguna
lii) lokasi pernigaan mestilah strategik
iii) pengurusan kewangan yang betul
iii)

semasa menjalankan perniagaan, faktor2 berikut yang perlu diambilkira untuk memastikan peerniagaan mendapat keuntungan 100% ialah:

i) keselesaan pengguna
ii) kebersihan dan daya tarikan permis perniagan
iii) promosi dan harga berpatutan kepada pengguna
iii) kualiti barang yang dijual
Grade
8/10
Graded by:
Dr. Sharif

Tugasan Edmodo 3



Assignment 3
DUE: Oct 22, 2012
Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas
Turned in Oct 21, 2012 1:07 PM

Cara menggunakan video dalam kelas.

SEBELUM:

i) guru perlu mencari video yang sesuai dan berkaitan dengan topik yang hendak diajar.

ii) bagi guru yang mahir dalam ict, boleh menghasilkan sendiri video ataupun mengedit video yang diperoleh agar lebih menarik. pastikan juga image dan bunyi sesuai dengan topik yang hendak diajar.

iii) memastikan semua peralatan yang hendak digunakan lengkap dan berfungsi. contohnya, komputer atau 'laptop' dapat digunakan untuk memainkan video yang dipilih,
kemudahan projector dan soket dalam kelas berfungsi dengan baik.

iv) menerangkan kepada kelas perkara yang perlu dilakukan oleh mereka sebelum mula menayangkan video.

SEMASA:

i) memastikan semua pelajar melihat video terlebih dahulu dengan memberi perhatian sepenuhnya kepada video yang ditayangkan.

ii) menayangkan semula video dan meminta para pelajar mencatat maklumat yang dikehendaki oleh guru berkaitan dengan video yang ditayangkan.

iii) guru boleh membimbing pelajar memahami video yang ditayangkan.


SELEPAS:

i) membincangkan perkara / maklumat yang terdapat dalam video. meminta pelajar memberi pendapat terlebih dahulu.

ii) membincangkan bersama-sama dengan pelajar tentang video yang ditayangkan.

iii) meminta pelajar menulis maklumat yang diperolehi daripada video yang ditayangkan di dalam buku nota pelajar.


Tugasan Edmodo 2



Assignment 2
DUE: Oct 22, 2012
Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?
Turned in Oct 21, 2012 12:40 PM
Kekangan menggunakan video dalam kelas:

i) kemudahan yang tidak lengkap. contohnya, kekurangan kemudahan projector dalam kelas dan ada sekolah yang tidak ada lansung kemudahan ini dalam kelas.hanya boleh didapati di makmal komputer.

ii) penerimaan negatif segelintir guru terhadap penggunaan ict dalam p&p.contoh penggunaan video. hal ini kerana masih ada guru yang belum mahir menggunakan ict dan mereka mengangap penggunaan video membuang masa sekiranya mereka perlu belajar menggunakan.

iii) ada subjek (mata pelajaran ) yang tidak sesuai menggunakan video. contohnya sains dan kemahiran hidup yang lebih memerlukan kemahiran pratikal guru dan pelajar.

iv) sumber video yang terhad dan susah mendapatkan video yang betul-betul bersesuaian dan berkaitan dengan topik yang diajar.