Monday 31 December 2012

Tugasan Excell

http://www.scribd.com/doc/118547950/Simang-Wan

Infographic


Tugasan Powerpoint 2

http://www.slideshare.net/sanbeqwan/tugasan-slide-simang

Tugasan Powerpoint 1

http://www.slideshare.net/sanbeqwan/tekno-powrpoint

Tugasan Edmodo 9



Proses Reka cipta Visual.

Visual merupakan salah satu bahan yang digunakan sebagai media pengajaran. Ia merupakan salah satu bahan bantu mengajar (BBM) yang menggunakan imej  yang dapat dilihat. Penggunaan visual dalam pengajaran dan pembelajaran (p&) dapat meningkatkan keberkesanan  di dalam pengajaran yang dibuat. Terdapat beberapa proses reka cipta visual. Antaranya ialah:

  1. Pemilihan gambar yang digunakan dalam visual sama ada dengan melukis, mengambil daripada CD ataupun daripada buku.

  1. Menyusun gambar dan maklumat yang dimasukkan dalam visual

  1. Memastikan visual yang direka mengandungi elemen-elemen grafik seperti berikut:
v  Ruang
v  Garis
v  Permukaan
v  Bentuk Dua Dimensi (Shape)
v  Bentuk Tiga Dimensi (Form)

  1. Memastikan visual yang direka memenuhi prinsip-prinsip seperti berikut agar lebih menarik:
v  Simplisiti
v  Dominan
v  Pola
v  Seimbang
v  Variasi
v  Harmoni

Ciri-ciri reka cipta visual

  1. Mudah dan jelas dibaca dan difahami

b.    Mesej mudah ditafsir.  Jika terlalu senang, pelajar tidak memberi perhatian pada visual

c.    Mendorong interaksi yang aktif antara pelajar, guru dan maksud yang terdapat dalam visual

d.    Membantu menarik perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual

Tugasan Edmodo 8



Video Dalam Pendidikan

1) Literasi video ialah pengetahuan dan kemahiran yang perlu ada untuk seseorang menggunakan, melihat atau memahami dan menghasilkan sesuatu video dengan berkesan. Berikut adalah lima konsep asas untuk memahami literasi video:
i. Seseorang yang hendak menghasilkan video perlu menentukan mesej yang hendak disampaikan melalui video tersebut.
ii. Memastikan setiap mesej yang digunakan dalam video adalah menggunakan format yang unik dan pelbagai.
iii. Setiap orang yang menonton video akan mempunyai pemahaman ataupun pentafsiran yang berbeza.
iv. Penonton akan memberi penilaian dan pandangan terhadap setiap mesej yang cuba disampaikan melalui video.
v. Kebanyakan mesej yang cuba hendak disampaikan melalui video adalah bertujuan untuk mempromosikan sesuatu barang ataupun perkara.
2a) 5 konsep utama yang perlu diambil kira apabila menonton video adalah dengan bertanyakan soalan seperti berikut:
i. Siapakah yang mencipta mesej yang disampaikan melalui video?
ii. Apakah teknik-teknik kreatif yang digunakan dalam menyampaikan mesej melalui video yang dapat menarik perhatian saya untuk menontonnya?
iii. Bagaimanakah pemahaman yang berbeza daripada pendapat ataupun pandangan setiap orang yang menonton video ini?
iv. Apakah nilai-nilai, gaya hidup dan nilai pandangan yang cuba hendak disampaikan dalam mesej melalui video ini?
v. Apakah tujuan sebenar mesej yang hendak disampaikan melalui video ini?
2b) 5 konsep utama yang perlu diambil kira apabila menghasilkan video adalah dengan bertanyakan soalan seperti berikut:
i. Apakah video yang hendak saya hasilkan dan mesej yang hendak disampaikan melalui video tersebut?
ii. Adakah mesej yang hendak disampaikan melalui video adalah dalam format yang mudah difahami oleh penonton, menampakkan kreativiti dan menggunakan teknologi?
iii. Adakah mesej yang hendak disampaikan melalui video dapat menarik perhatian para penonton yang disasarkan?
iv. Adakah saya menekankan dengan jelas dan konsisten tentang nilai-nilai, gaya hidup dan nilai pandangan penonton terhadap mesej yang disampaikan dalam video?
v. Adakah saya telah menyampaikan mesej dan tujuan sebenar video yang dicipta dengan berkesan?
3. Penggunaan aplikasi video dalam pembelajaran di dalam kelas dapat mempertingkatkan pembelajaran pelajar. Ini kerana penggunaan aplikasi video dalam proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) dapat mengembangkan empat domain utama pembelajaran iaitu kognitif, afektif, psikomotor dan interpersonal.
i. Domain Kognitif: Video dapat merangsang pemikiran kognitif pelajar melalui warna, bunyi dan pergerakan yang terdapat dalam video. Dengan menggunakan video, perkara ataupun topik yang diajar akan lebih dramatik dan jelas. Selain itu, penggunaan video dalam p&p dapat menarik lebih perhatian para pelajar terhadap topik yang diajar sekali gus dapat meningkatkan minat dan pemahaman mereka terhadap pembelajaran. Maka, penggunaan video dapat menjadikan p&p lebih berkesan.
ii. Domain Afektif: Penggunaan video dalam p&p juga dapat meningkatkan domain afektif pelajar. Video bukan sahaja medium yang dapat menjadikan p&p lebih berkesan, malah mesej yang terdapat dalam video dapat mempengaruhi sikap ataupun ‘attitude’ pelajar. Sikap dan personaliti yang positif dalam diri pelajar dapat dibentuk dan dipertingkatkan menggunakan video dalam p&p. Contohnya, penggunaan dokumentari dalam pengajaran Sejarah dan Pendidikan Moral dapat menyedarkan para pelajar tentang gaya hidup masyarakat sekeliling. Ini dapat memberi keinsafan kepada mereka. Oleh itu, penggunaan video dalam p&p dapat meningkatkan domain afektif para pelajar.
iii. Domain Psikomotor: Penggunaan video dalam p&p dapat meningkatkan domain psikomotor pelajar. Hal ini kerana video adalah amat sesuai untuk menunjukkan proses yang melibatkan sesuatu kemahiran. Selain itu, video dapat menunjukkan setiap proses atau langkah yang digunakan dalam sesuatu kemahiran. Contohnya, guru boleh menggunakan video dalam pengajaran kemahiran bermain bola sepak. Maka, pelajar dapat memahami dengan lebih mendalam tentang kemahiran bermain bola sepak apabila meminta guru mengulang tayangan video tersebut sehingga mereka memahami sepenuhnya kemahiran bermain bola sepak. Di samping itu, para pelajar boleh merakam setiap aktiviti mereka yang melibatkan kemahiran untuk melihat sejauh mana kemahiran mereka. Mereka juga boleh meminta pandangan daripada guru, rakan dan orang lain tentang perkembangan mereka dalam sesuatu kemahiran yang dipelajari dengan berpandukan video yang telah dirakam. Maka, video sesuai untuk digunakan dalam p&p untuk meningkatkan domain psikomotor pelajar.
iv. Domain Interpersonal: Penggunaan video dalam p&p juga boleh meningkatkan domain interpersonal pelajar. Melalui video yang ditayangkan, para pelajar dapat mempelajari kemahiran interpersonal seperti cara bergaul dengan orang lain dan cara mengatasi konflik dalam perhubungan dengan orang lain. Para pelajar boleh meminta pandangan orang lain dan guru tentang kemahiran mereka dalam domain interpersonal dengan berpandukan video yang telah dirakam. Dengan itu, kemahiran interpersonal terutamanya dalam menyelesaikan masalah dalam diri seseorang pelajar dapat ditingkatkan dengan penggunaan video dalam p&p.

Tugasan Edmodo 7



Proses Reka cipta Visual.

Visual merupakan salah satu bahan yang digunakan sebagai media pengajaran. Ia merupakan salah satu bahan bantu mengajar (BBM) yang menggunakan imej yang dapat dilihat. Penggunaan visual dalam pengajaran dan pembelajaran (p&) dapat meningkatkan keberkesanan di dalam pengajaran yang dibuat. Terdapat beberapa proses reka cipta visual. Antaranya ialah:

a. Pemilihan gambar yang digunakan dalam visual sama ada dengan melukis, mengambil daripada CD ataupun daripada buku.

b. Menyusun gambar dan maklumat yang dimasukkan dalam visual

c. Memastikan visual yang direka mengandungi elemen-elemen grafik seperti berikut:
i) Ruang
ii)Garis
iii)Permukaan
iv)Bentuk Dua Dimensi (Shape)
v) Bentuk Tiga Dimensi (Form)

d. Memastikan visual yang direka memenuhi prinsip-prinsip seperti berikut agar lebih menarik:
i)Simplisiti
ii) Dominan
iii) Pola
iv) Seimbang
v) Variasi
vi) Harmoni

Ciri-ciri reka cipta visual

a. Mudah dan jelas dibaca dan difahami

b. Mesej mudah ditafsir. Jika terlalu senang, pelajar tidak memberi perhatian pada visual

c. Mendorong interaksi yang aktif antara pelajar, guru dan maksud yang terdapat dalam visual

d. Membantu menarik perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual