Monday 31 December 2012

Tugasan Edmodo 4



Perniagaan Jalan UMS
DUE: Sep 17, 2012

Modal RM1 juta.
Apakah jenis perniagaan yang hendak dijalankan? Mengapa?
Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda UNTUNG?
Turned in Sep 12, 2012 3:04 PM
Sekiranya saya diberi modal RM1 juta untuk menjalankan sebuah perniagaan di Jalan UMS, saya akan menggunakan modal tersebut untuk membuka sebuah 'cyber cafe' , kedai photostat dan perkhidmatan 'printing',berserta dengan menjual alat tulis dan buku..
Pada pandangan saya, perniagaan yang saya jalankan ini boleh membantu memudahkan para pelajar universiti serta kakitangan universiti yang menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh perniagaan saya tersebut.
Bagi memastikan perniagaan yang dijalankan mendapat keuntungan yang besar, saya akan memastikan lokasi permis perniagaan adalah strategik. Saya memilih untuk membina sebuah permis perniagaan 2 tingkat. Pada tingkat bawah saya akan menjual alat tulis dan buku serta menyediakan perkhidmtan photostat dan 'printing'. Pada tingkat atas, saya akan membuka 'cyber cafe' untuk memudahkan para pelajar universiti dan kakitangan universiti membuat kerja seperti menaip tugasan, mendapatkan maklumat untuk membuat tugasan dan menghantar tugasan secara online.
Saya akan memastikan premis perniagaan saya dapat menarik ramai pelanggan. Oleh itu, saya akan menyediakan perkhidmatan yang memberi keselesaan kepada pelanggan dan barang yang dijual sentiasa mengikut kehendak pelanggan dan harga yang berpatutan memandangkan pelanggan yang disasarkan adalah pelajar universiti. Dengan ini, saya akan memastikan perniagaan yang dijalankan mendapat keuntungan yang besar.






Sila jawab soalan yang kedua pula iaitu BAGAIMANA untuk memastikan perniagaan itu 100% UNTUNG? Apakah faktor2 yang perlu difikirkan sebelum dan semasa juga setelah perniagaan itu dimulakan?
Turned in Sep 12, 2012 3:21 PM
untuk memastikan perniagaan tersebut mendapat keuntungan 100% perkara yang perludifikirkan sebelum memulakan perniagaan ialah:
i) pelanggan/pengguna
lii) lokasi pernigaan mestilah strategik
iii) pengurusan kewangan yang betul
iii)

semasa menjalankan perniagaan, faktor2 berikut yang perlu diambilkira untuk memastikan peerniagaan mendapat keuntungan 100% ialah:

i) keselesaan pengguna
ii) kebersihan dan daya tarikan permis perniagan
iii) promosi dan harga berpatutan kepada pengguna
iii) kualiti barang yang dijual
Grade
8/10
Graded by:
Dr. Sharif

No comments:

Post a Comment