Monday, 31 December 2012

Tugasan Edmodo 5



(3.) Obtain an example of a manipulative(s) that you could use for instruction. Submit a description of how you would use it, including an objective.

Manipulasi ialah cara yang digunakan untuk mempergunakan peralatan ataupun teknik untuk mengubah fungsi sesuatu alat dengan betul. Ia bertujuan untuk membentuk sesuatu pergerakan loko motor atau bukan loko motor. Contohnya, dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Kemahiran memanipulasi ini penting dalam mengubah cara penggunaan peralatan sukan. Hal ini kerana seseorang pelajar yang ada kemahiran manipulasi ini akan lebih kelihatan kreatif dan koordinasi badan mereka akan lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang tidak ada kemahiran manipulasi. Misalnya, seorang pelajar yang memiliki kemahiran memanipulasi penggunaan peralatan sukan seperti kayu hoki. Dia boleh mempelbagaikan kegunaan kayu hoki yang bukan sahaja digunakan untuk bermain hoki seperti untuk melakukan pemanasan dan menyejukkan badan sebelum dan selepas melakukan aktiviti.

Arahan kepada pelajar:
i. Memegang kayu hoki secara berpasangan dan menarik ke arah bertentangan secara berselang seli.
ii. Memegang kayu hoki dan dibawa ke bahagian belakang untuk meregangkan otot tangan dan bahu.
iii. Duduk sambil memegang kayu hoki dengan meluruskan kaki kaki dan tangan untuk meregangkan otot kaki.

Objektif:
i. Pelajar dapat menguasai cara meregangkan otot dengan menggunakan kayu hoki.
ii. Pelajar dapat mengetahui teknik-teknik memanaskan dan menyejukkan badan dengan menggunakan kayu hoki ataupun peralatan sukan lain.




No comments:

Post a Comment