Monday 31 December 2012

Tugasan Edmodo 7



Proses Reka cipta Visual.

Visual merupakan salah satu bahan yang digunakan sebagai media pengajaran. Ia merupakan salah satu bahan bantu mengajar (BBM) yang menggunakan imej yang dapat dilihat. Penggunaan visual dalam pengajaran dan pembelajaran (p&) dapat meningkatkan keberkesanan di dalam pengajaran yang dibuat. Terdapat beberapa proses reka cipta visual. Antaranya ialah:

a. Pemilihan gambar yang digunakan dalam visual sama ada dengan melukis, mengambil daripada CD ataupun daripada buku.

b. Menyusun gambar dan maklumat yang dimasukkan dalam visual

c. Memastikan visual yang direka mengandungi elemen-elemen grafik seperti berikut:
i) Ruang
ii)Garis
iii)Permukaan
iv)Bentuk Dua Dimensi (Shape)
v) Bentuk Tiga Dimensi (Form)

d. Memastikan visual yang direka memenuhi prinsip-prinsip seperti berikut agar lebih menarik:
i)Simplisiti
ii) Dominan
iii) Pola
iv) Seimbang
v) Variasi
vi) Harmoni

Ciri-ciri reka cipta visual

a. Mudah dan jelas dibaca dan difahami

b. Mesej mudah ditafsir. Jika terlalu senang, pelajar tidak memberi perhatian pada visual

c. Mendorong interaksi yang aktif antara pelajar, guru dan maksud yang terdapat dalam visual

d. Membantu menarik perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual

No comments:

Post a Comment