Monday 31 December 2012

Tugasan Edmodo 1



Assignment 1
DUE: Oct 22, 2012
Sila respon untuk isu ini pula
i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran
ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning
iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills)
iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran
Turned in Oct 21, 2012 2:21 PM
i) Penggunaan video dengan stail pembelajaran.
- Penggunaan video dalam kelasmemenuhi keempat-empat ciri stail pembelajaran iaitu visual, auditory (audio), read dan kinestatik. Ini kerana video adalah gabungan bunyi (audio),visual, teks dan grafik. Oleh itu, video dapat memenuhi empat ciri stail pembelajaran yang boleh meningkatkan keberkesanan proses p&p dalam kelas.

ii) Penggunaan vido dengan ubiquitous learning.
- Guru boleh menggunakan video untuk proses p&p bukan sahaja di dalam kelas tetapi boleh dijalankan di luar kelas iaitu secara online.Misalnya, guru boleh 'upload' video dalam blog kelas, facebook dan twitter dan meminta pelajar untuk menonton di rumah ataupun bukan waktu kelas. Oleh itu, penggunaan video dalam pengajaran dapat menjadikan p&p berlaku di mana-mana sahaja, tidak semestinya di dalam kelas (ubiquitous learning).

iii) Penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills)
- Penggunaan video dalam p&p dapat merangsang deria penglihatan dan pendengaran pelajar serta menjana pemikiran pelajar.Secara tidak lansung memberikan peluang pelajar berfikir dengan kretif dan kritis dan berfikir pada aras tinggi. Video yang mengandungi elemen grafik, teks, animasi, visual, audio akan memerlukan pelajar untuk menggunakan daya pemikiran yang tinggi untuk menganalisis video yang ditayangkan. Selain itu, video dalam p&p dapat menjana pemikiran pelajar dalam menyelesaikan masalah, berfikir secara logik, membuat perancangan, memberi kemahiran dalam penyelidikan dan meningkatkan proses pemikiran pelajar ke aras yang lebih tinggi.


iv) Penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
- Penggunaan video dalam p&p dapat membangunkan kemahiran sosial pelajar dengan meningkatkan kreativiti pelajar dan meningkatkan bakat kepimpinan pelajar. Selain itu, dengan menggunakan video akan memberi pelajar peluang belajar secara koperatif iaitu belajar secar berkumpulan dan meningkatkan semangat kerjasama antara mereka. Selain itu, dapat memberi dan meningkatkan 'ownership', motivasi dan 'self-esteem' pelajar.

v)Penggunaan video dengan peningkatan kesedaran
- Penggunaan video dalam p&p dapat memberi kesedaran para pelajar terhadap kepentingan ibu bapa, keluarga dan masyarakat. selain itu, dapat memberi kesedaran kepada para pelajar tentang masalah dan isu-isu sosial (kemasyarakatan) yang berlaku

No comments:

Post a Comment